WHY 'A' STUDENTS WORK FOR 'C' STUDENTS (SIRI 20) : Satu Lagi Sudut Pandang Tentang Tuhan Dan Wang




Kata-kata daripada Nabi Muhammad S.A.W ini menyebabkan saya diam sebentar dan berfikir.

'' Sebaik-baik kamu adalah orang yang diharapkan kebaikannya''

Saya fikir tuhan melihat apa yang kita lakukan dengan bakat dan kelebihan yang diberi kepada kita, sama ada kita guna ataupun tidak pemberian itu semua untuk melakukan kebaikan. Oleh itu, siapa yang lebih disayangi oleh tuhan? Berkemungkinan besar mereka yang berkongsi kelebihan, bakat, masa, atau harta dengan seluruh dunia.

Nasib Berjuta-juta Orang
Selepas ekonomi merudum pada tahun 2007, berjuta-juta orang mula menghadapi masalah kewangan peribadi. Mereka tidak berusaha meneruskan perjuangan, sebaliknya tersekat dalam kesengsaraan dunia itu. Kebanyakan orang menyalahkan golongan kaya atas masalah kewangan yang mereka hadapi.

     Ramai anak muda yang turut terjerumus dalam masalah kewangan dibebani dengan pinjaman Pendidikan dan pekerjaan bergaji rendah. Sekiranya mereka tidak membuat perubahan diri, mereka akan berada dalam masalah itu sepanjang hidup, walaupun mempunyai kelulusan tinggi.

10 Kelebihan Tidak Adil Dalam Pendidikan Kewangan

Apa yang saya rujuk sebagai kelebihan tidak adil adalah daya saing yang kita peroleh menerusi Pendidikan kewangan.

Kelebihan Tidak Adil #1
Kemampuan mengubah wang kita dan hidup kita :
Sebagaimana yang kita tahun terdapat tiga jenis pendapatan
  •  Biasa
  •  Portfolio
  •  Pasif
Kebanyakan orang selepas tamat sekolah bekerja untuk pendapatan biasa, iaitu pendapatan yang dikenakan cukai tertinggi.

       Apabila seseorang menyimpan wang dalam akaun simpanan, akaun semasa, atau akaun persaraan, mereka sedang bekerja untuk pendapatan biasa. Seseorang memerlukan kecerdasan dalam urusan kewangan sebelum mampu mengubah pendapatan biasa menjadi pendapatan portfolio atau pendapatan pasif.

       Apabila seseorang anak muda belajar mengubah pendapatan mereka, mereka mengubah kehidupan mereka daripada golongan miskin ke kelas menengah ke golongan kaya. Mereka tidak bekerja demi wang, sebaliknya mereka menemui telaga minyak dalam otak mereka sendiri. Ini yang dilakukan oleh Steve Jobs, Thomas Edison dan lain-lain.

Kelebihan Tidak Adil #2
Kemampuan Menjadi Lebih Pemurah
Selagimana anak-anak kita berasa tidak selamat secara kewangan atau tidak menentu, anak-anak sentiasa berasa tidak mampu, lalu kerap kali membawa kepada sifat tamak.

Kelebihan Tidak Adil #3
Cukai Lebih Rendah
Kebanyakan orang hanya ada sebuah rumah. Pihak kerajaan menawarkan pengecualian cukai kepada orang yang menyediakan perumahan. Di garisan yang sama, kerajaan juga menawarkan pengecualian cukai kepada orang yang menyediakan pekerjaan. Kebanyakan orang mencari pekerjaan selepas tamat belajar.

       Sebahagian besar orang bekerja keras untuk bebas daripada hutang. Kerajaan menawarkan pengecualian cukai kepada mereka yang menggunakan hutang.




Kelebihan Tidak Adil #4
Gunakan Hutang Bagi Menjadi Lebih Kaya
Menerusi Pendidikan kewangan, anak kita dapat belajar ada hutang bagus dan ada hutang tidak bagus. Hutang bagus menjadikan seseorang bertambah kaya dan hutang tidak bagus menjadikan seseorang itu lebih miskin.

       Semasa belajar menggunakan hutang bagi mendapatkan asset seperti hartanah, seorang anak belajar menjadi lebih pemurah dalam memilih jenis pelaburan yang memenuhi keperluan masyarakat, contohnya menyediakan perumahan. Apabila mereka berbuat begitu, mereka menjana pendapatan pasif dan semakin kurang jumlah cukai yang perlu dibayar.

Kelebihan Tidak Adil #5
Kembangkan Kemampuan Kita
Hampir setiap orang yang separa pakar kewangan mengesyorkan supaya kita, ''Hidup di bawah kemampuan''. Ini adalah pesanan yang tidak baik untuk mereka yang mempunyai pendidikan kewangan. Tambahan pula, siapa yang mahu hidup di bawah kemampuan mereka? Ada terlalu banyak perkara yang menarik dalam hidup ini untuk dinikmati. Pada pendapat saya, hidup di bawah kemampuan dapat membunuh semangat.

        Mereka memberitahu kepada diri masing-masing, ''Kita perlu hidup di bawah kemampuan,'' dan kemudian bekerja keras bagi melunaskan hutang. Bebas hutang daripada sudut hutang pengguna memang idea yang bagus. Isunya adalah tanpa pendidikan kewangan, tidak ramai orang tahu menggunakan hutang bagi mengumpul aset yang menambah aliran tunai dapat mengembangkan kemampuan mereka.

        Tanpa pendidikan kewangan juga, kebanyakan anak-anak keluar dari rumah dan masuk ke kitaran sia-sia atau Rat Race yang sama dilalui oleh ibu bapa mereka.

Kelebihan Tidak Adil #6
Tingkatkan Kecerdasan Emosi Kita
Satu daripada kecerdasan emosi yang tinggi adalah menangguhkan kepuasan. Satu sebab mengapa begitu ramai orang mengalami masalah kewangan adalah kerana mereka tidak dapat menangguhkan kepuasan mereka. Kebanyakan orang berlumba-lumba membeli Porsche atau Prius secara keredit iaitu menggunakan hutang tidak bagus.

        Apabila kita mengajar anak membeli aset terlebih dahulu dan kemudian menggunakan aset bagi membeli liabiliti mereka, kita sedang meningkatkan tahap kecerdasan emosi mereka.

Kebelebihan Tidak Adil #7
Memahami Laluan Berbeza Menuju Kejayaan
Ada banyak laluan bagi menjadi jutawan. Antaranya :

  • Kita boleh berkahwin demi wang. Tetapi kita semua tahu orang yang bagaimana akan berbuat begini.
  • Ada orang bermain loteri. Loteri adalah untuk pencundang kerana tanpa berjuta-juta orang pencundang, tidak akan ada pemenang.
  • Kita boleh memenangi rancangan permainan ''Who wants to be a millionaire?''
  • Kita boleh menjadi atlet profesional. Masalahnya adalah kebanyakan atlet profesional muflis lima tahun selepas bersara. Sekiranya mereka hilang wang yang berjuta-juta itu, sukar untuk mereka mendapatkan semula wang tersebut kerana mereka sudah berusia.
  • Kita boleh menjadi jutawan dengan menjadi orang yang bijak dalam bidang kewangan.

Kelebihan Tidak Adil #8
Lindungi Aset Kita
Kebanyakan orang dalam golongan miskin dan kelas menengah dengan bangga berkata, ''Rumah saya atas nama saya,'' atau ''Kereta saya atas nama saya,'' Ini dinamakan megah dengan pemilikan.

       Sebaliknya golongan kaya tidak mahu ada apa-apa atas nama mereka. Golongan kaya melindungi aset mereka menerusi entiti undang-undang dengan nama syarikat seperti Syarikat S, Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat C, contohnya.

       Golongan kaya menggunakan semua entiti undang-undang ini bagi melindungi diri mereka daripada dua jenis pemangsa dengan dua strategi mereka :

  1. Kerajaan (cukai)
  2. Orang ramai (tindakan undang-undang)
Pengajarannya di sini adalah : Sekiranya kita mahu anak-anak kita menjadi kaya, ajar mereka tentang perlindungan aset sebelum mereka kaya. Seperti yang disebut orang, ''Kita tidak dapat membeli insuran kemalangan selepas kita mengalami kemalangan.''

Kelebihan Tidak Adil #9
Bersara Muda

       Bagi jutaan orang yang bersara, masalah mereka mungkin terlampau banyak masa terluang tetapi tidak cukup wang. Dalam erti kata lain, mereka tahu berapa banyak wang persaraan yang mereka ada, tetapi mereka tidak tahu berapa lama mereka akan hidup. Dengan peningkatan inflasi kebanyakan orang kehabisan wang lebih cepat berbanding yang dijangka.

Kelebihan Tidak Adil #10
Gunakan Undang-undang Pampasan
Kemahiran utama yang saya pelajari daripada Rich Dad adalah kemahiran untuk kuadran B dan I. Kemahiran asas itu adalah :

  • Tahu cara meningkatkan modal
  • Tahu cara memimpin orang lain
  • Tahu cara mereka bentuk perniagaan
  • Tahu cara menggunakan hutang bagi menjana lebih banyak wang
Wang Orang Lain
Sekiranya kita tahu cara menggunakan hutang atau OPM(others people money) bagi membeli aset, pulangan yang kita terima adalah tidak terkira. Sepertimana yang kita tahu, pihak kerajaan menawarkan pengecualian cukai yang signifikan sekiranya kita menggunakan OPM. Ini adalah satu lagi kelebihan tidak adil yang pendidikan kewangan akan berikan kepada anak-anak kita.

        Penggunaan OPM ini dilakukan di seluruh dunia. Perniagaan terbesar dan bangunan tertinggi semuanya dibina menggunakan OPM



Apabila E dan S mendeposit wang ke dalam bank simpanan, bank pelaburan, ataupun syarikat insuran, institusi kewangan itu kemudiannya memindahkan wang tersebut. Sementara E dan S dinasihatkan supaya meletak wang mereka, B dan I selalu mengalihkan wang tersebut. Ini kerana wang yang diletak begitu sahaja adalah wang yang tidak aktif bekerja untuk kita. Ia adalah liabiliti untuk B dan I.

       Golongan E dan S seluruh dunia adalah OP, iaitu orang lain yang menyediakan tenaga kerja dan menyediakan wang  menerusi akaun simpanan mereka dan pelan persaraan. Apabila kita menasihatkan anak kita supaya, ''Pergi ke sekolah, cari pekerjaan, simpan wang, dan melabur dalam pelan persaraan,'' kita sebenarnya sedang menasihatkan anak supaya menjadi OP yang digunakan oleh B dan I.

Comments