IRON LADY MALAYSIA : DATUK WIRA DR MAZNAH HAMID











ASSALMUALAIKUM GUYS, Apa khabar semua???

Saya yakin ramai yg pernah ternampak kereta-kereta pengawal yg tertulis ''SECURIFORCE'' terutamanya ketika proses penghantaran wang ke bank-bank.

Tetapi korang jangan terkejut, pengasas kepada syarikat ''SECURIFORCE'' ini merupakan seorang WANITA. Terkejut bukan??

Beliau merupakan seorang figure wanita yg patut dicontohi (terutamnya wanita) kerana ketabahan dan kecekalannya untuk membangunkan syarikat ''SECURIFORCE'' daripada zero.

Bukan golongan lelaki sahaja yg mempu melakukan semua ini. Golongan wanita pun mampu untuk melakukan semua ini asalkan ada kemahuan dan kecekalan yg tinggi untuk mengharungi segala rintangan sepanjang jalan menggapai cita-cita mereka.

Maka, Datuk Dr Maznah Hamid inilah contoh yg terbaik untuk kita (terutamanya golongan wanita)  teladani...




BIODATA

Datuk Dr Maznah Hamid di lahirkan di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah pada 18 April 1955. Beliau berkahwin dengan Haji Shaheen Mirza Habib pada 11 Mac 1979 & dikurniakan 5 orang cahaya mata (2 lelaki & 3 perempuan).


PENDIDIKAN 

1) Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, Kedah
2) Diploma Administration Business Executive ( ABE )
4) Excellerated Instructors’ Training & Corporate Education - Hawaii, USA
5) Business School For Entrepreneurs, USA
6) Business School For Investors, Singapore
7) Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York.


KERJAYA DAN PELANTIKAN 

1. Pengerusi Eksekutif Kumpulan SECURIFORCE (1981-2017)
2. Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Usahawan Nasional (PUNB) (Mac 1992 - 2003)
3. Ahli Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad (1995-2017)
4. Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Haji ( LTH ) (Feb 1997 - Feb 2001)
5. Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah ( Negeri Kedah ), (Julai 1997 - 2017)
6. Pengerusi Tabung Haji Travel Industries Sdn. Bhd. (Dis 1997 - Dis 1998)
7. Presiden Kehormat, Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Wilayah Utara (USAHAWATI), (Julai 1999 - 2017)
8. Pengerusi DANAU LUMAYAN (Pemaju Hartanah di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur), (1997-2017)


HASIL PENULISAN

1) Motivasi Memburu Kejayaan (3K) – 1994 (Ulangcetak Edisi kemaskini kali ke 8 – 2012)
2) Motivasi Memburu Kejayaan (edisi Mandarin) – 2004
3) Mini Siri Rahsia 3K (2011)
4) Dialog Jejak Jutawan
5) Falsafah Kejayaan
6) Falsafah Kebahagiaan
7) Falsafah Kekayaan
8) Album Motivasi Muzikal Kolaborasi bersama AL-Farabiband (2011)
9) Transformasi Diri – Menuju Kejayaan & Kebahagiaan (2013)
10) Himpunan Doa Harian (2013)




SEDIKIT SEBANYAK TENTANG SECURIFORCE

Datuk Wira Dr. Maznah Hamid adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau juga merupakan seorang pakar motivasi yang terkenal di Malaysia. Beliau adalah antara pakar motivasi yang telah banyak memberi ceramah dan motivasi kepada peniaga-peniaga, ahli korporat, ahli politik, penjawat awam dan siapa sahaja yang mahu memajukan diri. Sehingga kini, beliau masih terus aktif dalam memberi ceramah dan motivasi kepada masyarakat.

Beliau telah banyak bertungkus lumus dalam usaha membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu supaya menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.Beliau kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru.

Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh usaha Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high - tech cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori konsep ‘total security’.

Hasil daripada kegigihan beliau dan ‘team’nya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak yang membina pangsapuri /kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot-lot kompleks perniagaan.

Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga turut bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), beliau telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah. Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai 'success story' Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri'


KEMATIAN

Beliau meninggal dunia pada usia 62 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada Rabu, 4 Oktober 2017 jam 6 petang akibat masalah kardiovaskular selepas menjalani pembedahan pintasan jantung pada penghujung September 2017.

 
 

SUMBER 
1) https://ms.wikipedia.org/wiki/Maznah_Hamid
2) https://www.youtube.com/watch?v=CoYNXt2t5a4















Comments