KISAH PENGASAS aL-ikhsaN : TUAN HAJI ALI HASSAN BIN MOHD HASSAN



Asslamualaikum guys,

Hari ini aku nak ceritakan kt korang salah seorang usahawan melayu yg berjaya di bumi Malaysia ini. Sebelum itu, aku nak tanya korang, pernah tak korang dengar nama Ali Hassan Mohd Hassan. Tak pernah kn?? hahaha...Aku yakin 99% daripada kita tak pernah atau belum pernah dengar nama ni kan..

Tapi, kalau aku tanya korang, pernah dengar tak nama syarikat Al-Ikhsan?? Pernah kn?? Kali ini, aku yakin 99% daripada kita (terutamanya golongan muda) pernah dengar nama ni kan.. Klau kita pergi ke bandar2 pasti kita pernah lihat kedai yg bernama Al-Ikhsan ni..

Ok, sekarang ni aku nak ceritakan kt korang serba sedikit biodata beliau, bagaimana beliau bermula dan apa tips kejayaan beliau sehingga beliau mampu memiliki lebih daripada 100 cawangan al-ikhsan seluruh negara.


BIODATA


Nama penuh beliau ialah Tuan Haji Ali Hassan bin Mohd Hassan. Beliau menerima pendidikan di UTM dlm bidang Diploma Kejuruteraan Mekanikal pd tahun 1993. Beliau merupakan anak bongsu daripada 8 beradik. Selepas tamat pengajiannya di UTM, beliau mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di luar negara ttpi beliau menolak kerana lebih cenderung untuk memulakan perniagaannya sendiri.









SEJARAH PENUBUHAN AL-IKHSAN

  Syarikat al-ikhsaN mula ditubuhkan pd tahun 1993. Tuan Haji Ali Hassan memulakan perniagaannya dgn bermodalkan RM 150 sahaja ketika belajar di UTM dengan hanya menjual T-Shirt kepada pensyarah-pensyarah dan rakan-rakanya sahaja.

Dengan wang itu jugalah beliau mengumpul modal utk meneruskan perniagaannya yg bermula di sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah pada tahun 1993. Beliau membuka premis pertamanya di Holiday Plaza, Johor Bharu dan premis itu masih beroperasi sehingga ke hari ini.


Selepas melihat kepada permintaan pelanggan beliau yg semakin meningkat, beliau menjalankan perniagaan secara serius pd tahun 1994.

 Sekarang, aL-ikhsaN telah mempunyai lebih daripada 100 buah cawangan di seluruh negara.







TIPS KEJAYAAN

Ok guys, sebagaimana yg aku janji kt korang td, aku akan kongsikan sedikit sebanyak rahsia atau tips kejayaan yg telah diaplikasikan sendiri oleh Tuan Haji Ali Hassan. Lets see :

1) JAGA ALLAH & JAGA SOLAT

Tuan Haji Ali Hassan sangat menitik beratkan soal solat terutamnya solat fardhu. Sejak kecil beliau diasuh oleh bapanya ttg kepentingannya untuk menjaga solat walaupun sesibuk mana pun kita. Pernah diceritakan bahawa bapanya pernah menghalau anaknya daripada rumah kerana beliau culas atau tidak mengendahkan solat.

2) JAGA HUBUNGAN DENGAN IBU BAPA

Setiap kali ada program pembukaan cawangan baru aL-ikhsaN besar Haji Ali Hassan akan meletakkan ibunya dibarisan VVIP sebaris dengan VVIP lain seperti menteri besar. Beliau yakin bahawa kejayaan yg dikecapi pada hari ini adalah hasil daripada keberkatan doa ibu bapanya sejak beliau kecil lagi.

3) BETULKAN NIAT & FOKUS

 Beliau menasihati golongan usahawan supaya membetulkan niat kenapa mereka menjalankan perniagaan. Jangan mudah dan cepat lompat-lompat perniagaan bila sesuatu perniagaan belum membuahkan hasilnya. Fokus kepada SATU peniagaan sahaja.

4) KESABARAN & KESUNGGUHAN

Untuk berjaya dalam dunia usahawan, tidak ada jalan yg mudah. Semua usahawan yg ada didalam dunia ini menghadapi cabaran, strugle dalam karier mereka. Tetapi ketekunan & kesungguhan mereka itulah yg dapat mengatasi segala cabaran yg dihadapi oleh mereka.


5) BERUSAHA MEPERBAIKI & MENINGKATKAN REPUTASI

Beliau tidak pernah mengabaikan cadangan dan feedback daripada pelanggan beliau. Apa sahaja cadangan yg boleh meningkatkan mutu jenamanya beliau akan mengambil serius ttgnya.

Ok guys, aku rasa setakat ni je lh apa yang aku nk kongsikan ttg aL-ikhsaN ini. Di siri lain aku akan ceritan ttg kejayaan usahawan yg lain plk ye...sekian guys..


sumber :
http://abdulazizlatip.blogspot.com/
https://iluminasi.com/bm/datuk-wira-maznah-hamid-securiforce.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Ali_Hassan_Mohd_Hassan





Comments