Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha. Begitu juga dengan kisah hidup seorang pengusaha pasar raya yang terkenal iaitu 99 Speedmart yang begitu terkenal dengan harga yang rendah berbanding pasar raya lain.
Mungkin segelintir masyakarat masih belum mengenali siapa sebenarnya
tulang belakang pasar raya 99 Speedmart ini. Kini kisahnya telah viral
di laman sosial dan memberikan semangat yang tidak putus untuk
masyarakat yang berfikiran bahawa mereka tidak mempunyai matlamat hidup
hanya kerana tidak sempurna.
Pengasas pasar raya 99 Speedmart Sdn Bhd yang dikenali sebagai Lee Thiam Wah ini membuktikan tiada perkara yang mustahil dalam hidup ini. Jom kita baca serba sedikit fakta tentang kehidupan beliau yang akan membuatkan anda semua teruja!
Oleh kerana keadaan beliau yang tidak mengizinkan, beliau tiada pilihan
lain selain menjual makanan ringan di pinggir jalan untuk mendapatkan
pendapatan sara hidup.
Menurut Lee Thiam Wah juga, prinsip yang sentiasa dipegang sejak kecil adalah "Your Only Limit Is YOU"
Jika individu kurang upaya ini mampu membela nasibnya dengan usaha tanpa henti, anda pula bagaimana? :)
Pengasas pasar raya 99 Speedmart Sdn Bhd yang dikenali sebagai Lee Thiam Wah ini membuktikan tiada perkara yang mustahil dalam hidup ini. Jom kita baca serba sedikit fakta tentang kehidupan beliau yang akan membuatkan anda semua teruja!
1. Dilahirkan pada tahun 1964 dan diserang sakit kronik yang membuatkan beliau kehilangan kaki
Penyakit yang dihadapi adalah dikenali sebagai polio. Penyakit itu
telah menyerang beliau sejak kecil dan menyebabkan beliau kehilangan
kaki dan terpaksa berkerusi roda. Manakala ayahnya seorang buruh
pembinaan, ibunya pula penjaja dan beliau mempunyai 11 orang
adik-beradik.
2. Bersekolah hanya sehingga darjah 6
Oleh kerana keluarganya kesempitan wang ketika itu, beliau hanya
bersekolah sehingga darjah 6. Malah, pada waktu kecil, ibunya pernah
bertanya kepada beliau, "Kamu cacat dan tidak bersekolah tinggi.
Sekiranya kamu tidak bekerja keras, apa akan jadi dengan kamu?"
Namun, perjuangan beliau tidak berhenti setakat itu.
Namun, perjuangan beliau tidak berhenti setakat itu.
3. Cuba untuk menjual makanan ringan di tepi jalan
Oleh kerana keadaan beliau yang tidak mengizinkan, beliau tiada pilihan
lain selain menjual makanan ringan di pinggir jalan untuk mendapatkan
pendapatan sara hidup.
Usaha beliau membuahkan hasil apabila pada
usia 23 tahun, beliau boleh mengumpul RM5,000 untuk dijadikan sebagai
modal membuka sebuah kedai runcit di Klang.
4. Menjual kedai runcit tersebut untuk membuka pasar mini
Perancangan beliau kini semakin membesar. Pada tahun 1993, beliau
telah menjual kedai runcit yang dibuka itu pada harga RM88,000! Duit itu
pula dijadikan modal untuk beliau membuka pasar mini pertama.
5. Pasar mini itu telah mensasarkan pelanggan berpendapatan rendah dan pekerja warga asing
Pada mulanya, pasar mini itu hanya beroperasi di Klang dan dikatakan
telah mensasarkan pelanggan yang berpendapatan rendah dan juga pekerja
warga asing yang mempunyai kos sara hidup yang minimum.
Strategi pemasaran mereka menjadi lebih kuat dengan tagline yang digunakan untuk menarik perhatian pelanggan iaitu "Dekat lagi murah".
Strategi pemasaran mereka menjadi lebih kuat dengan tagline yang digunakan untuk menarik perhatian pelanggan iaitu "Dekat lagi murah".
6. Menukar nama kepada 99 Speedmart pada tahun 2000
Dengan rezeki yang tidak putus, beliau telah menukar nama mini market itu kepada 99 Speedmart menjelang tahun 2000.
7. Telah memiliki 1,000 cawangan 99 Speedmart di seluruh negara Malaysia
Setakat tahun 2018, pasar raya 99 Speedmart telah memiliki sebanyak 1,000 buah cawangan di seluruh negara. Salute habis!
Menurut Lee Thiam Wah juga, prinsip yang sentiasa dipegang sejak kecil adalah "Your Only Limit Is YOU"
Walaupun beliau terpaksa berhenti sekolah oleh kerana keadaan yang
tidak mengizinkan, perkara itu langsung tidak mematahkan semangat beliau
untuk bangkit dan berusaha lebih bagi menyara hidupnya serta membantu
meringankan beban yang dialami oleh keluarganya.
Permulaan yang sukar buat beliau ketika menjual makanan ringan sekitar perumahan malah di tepi jalan, namun beliau langsung tidak berputus asa.
"Memandangkan peluang pendidikan saya yang terhenti setengah jalan, saya tidak banyak mengetahui tentang industri lain. Saya memilih industri runcit kerana saya mendapati ia adalah yang paling mudah untuk dilakukan kerana saya hanya perlukan produk dan kemudian saya boleh mula menjualnya", katanya ketika di temui oleh wartawan The Star.

Comments
Post a Comment