Ada beberapa langkah yang setiap orang dapat ambil bagi memperbaiki status kewangan masing-masing.
Beberapa cadangan :
- Jadi seorang usahawan. Miliki perniagaan sendiri.
- Bina pasukan penasihat, peguam, akauntan, dan para usahawan lain.
- Fahami cara menggunakan hutang
- Fahami undang-undang cukai
- Kembangkan kecerdasan emosi
- Tetapkan standard tinggi untuk undang-undang, etika, karakter moral, dan latihan
- Jadi seorang pelabur hartanah
- Jadi seorang pelabur komoditi
- Luangkan masa untuk pendidikan kewangan dan gunakan apa yang dipelajari
- Kukuhkan kemahiran komunikasi dan sesama manusia
Kebanyakan orang terutamanya orang E dan S, meletakkan wang mereka dalam akaun simpanan, polisi insuran, atau akaun persaraan. Orang B dan I meminjam wang itu dan memastikan ia bergerak dengan cara medapatkan aset, kemudian mengambil wang itu keluar daripada aset untuk dilaburkan ke dalam aset lain secara berulang kali.
Motivasi mereka adalah menjana semakin banyak pendapatan dan membayar cukai semakin rendah. Ini kerana mereka memenuhi keperluan kerajaan. Mereka menyediakan pekerjaan, perumahan, makanan, minyak dan menggunakan hutang bagi menjana wang.
Dalam istilah mudah : Orang E dan S meletak wang. Orang B dan I memastikan wang bergerak. Dalam istilah kewangan, memastikan wang bergerak bermaksud mendapatkan aset yang dikenali sebagai ''halatuju wang''.
Dua Ayah
Saya bertuah kerana mempunyai dua orang ayah dalam hidup saya. Mereka adalah guru-guru terbaik saya. Saya lebih banyak belajar daripada mereka berbanding sekolah. Daripada ayah kandung saya, saya belajar kepentingan dan nilai pelajaran. Daripada Rich Dad, saya belajar kehebatan sifat pemurah.
Pada usia sembilan tahun dengan bermain Monopoly, pendidikan saya dalam dunia pelajar C, iaitu kapitalisme bermula. Ia adalah dunia yang kebanyakan pelajar A iaitu pelajar akademik dan pelajar B atau birokrat jarang melihat.
Satu perkara yang menjadi semakin jelas bagi saya apabila bertambah usia adalah : Dalam gambaran yang lebih besar, kehidupan ini tiada kaitan dengan gred. Kehidupan ini adlah tentang apa yang kita pilih hendak belajar.
Tamat...

Comments
Post a Comment