Satu Lagi Sudut Pandang Tentang Hutang
Ilmu kewangan yang sering pelajar atau anak muda dapat adalah ''simpan wang'' dan ''elakkan berhutang''. Kebanyakan orang berkata itulah cara terbaik yang perlu dibuat. Dalam bahagian ini kita akan mengetahui mengapa semua ini adalah idea lapuk yang mungkin, malah meletakkan sekatan atau halangan untuk anak-anak kita bebas daripada masalah kewangan.
Hutang Itu Bagus
Orang biasa percaya hutang itu tidak bagus. Ya, tetapi hutang itu tidak bagus untuk orang ramai yang tidak memiliki pendidikan kewangan. Itulah sebabnya mereka mengambil nasihat 'pakar' kewangan yang berkata, ''Selesaikan hutang. Potong kad kredit dan simpan wang, simpan wang, simpan wang!''
Sekiranya seseorang mempunyai asas pendidikan kewangan, mereka pasti sedikit bijak dalam urusan kewangan dengan melihat hutang itu bagus, menjadikan kita kaya, serta menjadikan harta tersebut bebas cukai.
Kisah Saya
Pada hari ini saya menggunakan 100 peratus hutang pembiayaan sekerap yang mungkin bagi mendapatkan aset hartanah, iaitu aset yang menambah wang ke dalam poket saya. Bunyinya mudah di atas kertas, tetapi realitinya agak sukar. Saya memerlukan masa beberapa lama bagi mewujudkan rekod sebagai pelabur hartanah dan membuktikan kepada pihak bank yang saya memahami bidang hartanah dan pengurusan harta. Inilah sebabnya saya mengesyorkan penyertaan dalam kursus pelaburan hartanah. Mengapa bekerja mencari wang apabila kita boleh menggunakan hutang, menambah aliran tunai kita, lalu menjadi kaya?
Saya dan Kim bermula secara kecil-kecilan dengan rumah sewa keluarga yang kecil. Kami belajar daripada kesilapan kami. Kami belajar supaya kami mampu menjadi lebih bijak, kemudian mengaplikasikan ia ke dalam pelaburan seterusnya. Apabila kami berasa yakin dan mempunyai beberapa hartanah yang sudah ada aliran tunai dalam portfolio, kami mendaki satu tangga ke atas dan mencari apartmen kecil.
Satu Lagi Sudut Pandang Tentang Cukai
Setiap kali pengundi menuntut supaya ''kenakan cukai kepada orang kaya,'' sebenarnya golongan miskin dan kelas menengah adalah yang perlu membayar cukai lebih banyak, bukan golongan kaya. Cukai selalu dilihat sebagai hukuman, membebankan, sesuatu yang kita tidak dapat elak selain kematian. Sebenarnya di sisi lain pada kod cukai terdapat senarai panjang insentif cukai, iaitu insentif daripada kerajaan untuk sektor swasta yang menangani keperluan ekonomi tertentu dan kemudian mereka menerima pengecualiann cukai.
Cukai pendapatan progresif terpakai pada kuadran E dan S dengan mereka yang berada di kuadran S membayar cukai tertinggi. Di kuadran E dan S, semakin banyak pendapatan kita, semakin tinggi cukai yang perlu kita bayar.
Di kuadran B dan I, peratusan menunjukkan sebaliknya. Kuadran I membayar cukai paling rendah. Di bahagian kanan semakin banyak pendapatan kita, semakin kurang cukai yang perlu kita bayar.
Sekali lagi perbezaannya adalah orang di kuadran E dan S menjual tenaga kerja mereka. Orang di kuadran B dan I menjual harta dan modal di samping melantik pekerja.
Cukai Saya Yang Mudah
- Perniagaan : Kod cukai ini menawarkan kepada saya insentif cukai kerana menyediakan pekerjaan. Semakin banyak pekerjaan yang saya sediakan, semakin banyak saya untung dan semakin kurang cukai yang perlu saya bayar. Dari perspektif kerajaan, semakin banyak orang bekerja, semakin banyak mereka dapat kutip cukai.
- Hartanah : Kod cukai ini mahu saya sediakan perumahan. Semakin banyak perumahan yang saya sediakan, semakin banyak wang yang saya buat dan semakin kurang cukai yang perlu saya bayar.
- Hutang : Satu kelebihan hartanah adalah hutang. Hutang adalah modal. Pada hari ini dolar adalah hutang. Sekiranya saya berhenti meminjam, ekonomi bergerak perlahan. Itulah sebabnya kerajaan mahu saya berhutang. Semakin banyak hutang saya, semakin banyak wang yang saya hasilkan dan semakin kurang cukai yang perlu saya bayar.
Comments
Post a Comment