'' Orang miskin dan kelas menengah bekerja untuk wang. Orang kaya mempunyai wang yang bekerja untuk mereka ''
'' Ayah, apa yang dapat saya lakukan untuk menjadi kaya?''
Ayah saya meletakkan surat khabar yang sedang beliau baca. ''Kenapa kamu hendak menjadi kaya?''
''Sebab, hari ini saya lihat emak Jimmy datang menjemput dia dengan kereta baru. Katanya, mereka hendak pergi bercuti ke resort milik keluarga. Jimmy mengajak tiga orang kawannya bersama. Saya dan Mike tidak diajak kerana mereka kata, kami budak-budak miskin.''
''Mereka kata begitu?''
Dengan nada kecewa, saya menjawab, ''Ya.''
Ayah menggeleng perlahan, lalu membetulkan kedudukan cermin matanya, dan kembali membaca surat khabar. Saya masih setia menantikan jawapan daripada ayah.
Akhirnya, ayah meletakkan surat khabar semula. Mungkin juga sebentar tadi beliau sedang berfikir.
'' Begini sahaja..........,'' perlahan beliau memulakan kata-katanya. ''Sekiranya kamu hendak menjadi kaya, kamu perlu belajar membuat wang.''
Saya bertanya kepada ayah, ''Bagaimana pula saya dapat membuat wang?''
'' Gunakan akal,'' jawab ayah sambil tersenyum nipis. Pendek sahaja jawapannya, namun seolah-olah dapat mengagak maksud kata-katanya itu. ''Itu sahaja yang dapat ayah beritahu,'' ataupun ''Ayah tidak ada jawapannya, hentikan sahaja bertanya.''
Peraturan 1 : Kita Mesti Tahu Perbezaan Antara Aset dan Liabiliti, dan Membeli Aset
Sekiranya kamu mahu menjadi kaya, hanya ini yang perlu kamu ketahui. Hal ini adalah peraturan nombor satu dan satu-satunya peraturan yang ada. Ramai orang yang menghadapi masalah kewangan kerana mereka tidak tahu membezakan antara aset dan liabiliti.
Kata Rich Dad, ''Orang kaya mengumpul aset. Orang miskin dan kelas menengah mengumpul liabiliti yang mereka sangka adalah aset.''
''Apakah maksud aset?'' tanya Mike (anak kandung Rich Dad)
'' Kamu tidak perlu risaukan perkara itu sekarang,'' jawab Rich Dad. ''Kamu hanya perlu ingat betul-betul idea itu. Apabila kamu dapat memahami betapa mudah sekiranya hendak jadi kaya, kamu dapat merancang hidup kamu dan urusan kewangan kamu semakin mudah. Idea ini mungkin terlalu senang, sehingga orang terlepas pandang.''
Saya bertanya Rich Dad, ''Maksud tuan, kami hanya perlu tahu apa maksud aset, kumpulkan ia, dan kami akan jadi kaya?''
Rich Dad mengangguk. ''Mudah, bukan?''
Saya berasan hairan. ''Sekiranya peraturan menjadi kaya begini mudah, mengapakah semua orang tidak kaya?''
Sambil tersenyum, Rich Dad menjawab, ''Sebab mereka tidak tahu perbezaan antara aset dan liabiliti.''
Saya bertanya lagi, ''Mengapa orang dewasa pun tidak dapat bezakan dua perkara penting ini? sekiranya peraturan yang perlu diketahui semudah ini, sekiranya mengetahui perbezaan anatara aset dan liabiliti sebenarnya penting, mengapa semua orang tidak mahu ambil tahu?''
Rich Dad tidak memerlukan masa yang lama bagi menerangkan kepada kami apakah aset dan liabiliti.
Sebagai orang dewasa, saya berasa sukar hendak menjelaskan hal ini kepada orang dewasa lain. Mereka tidak tahu peraturan yang mudah ini kerana apa yang mereka belajar selama ini lain daripada apa yang kami diajar. Sumber maklumat kewangan mereka datang daripada pegawai bank, akauntan, ejen hartanah, perancang kewangan dan sebagainya. Bahagian paling sukar adalah meminta orang dewasa memadamkan maklumat yang mereka pegang selama ini dan bermula semula dari bawah. Orang dewasa yang bijak selalu merasakan mereka seolah-olah merendahkan diri apabila perlu mengambil tahu perkara-perkara yang mudah.
Ada satu perkataan yang sentiasa diulang oleh Rich Dad, ''Orang kaya mengumpul aset, orang miskin dan kelas menengah mengumpul liabiliti.''
Ini adalah bentuk aliran tunai bagi aset :
'' Aset menambah wang ke dalam poket kita.''
Ini adalah bentuk aliran tunai bagi liabiliti :
Selepas kita melihat definisi aset dan liabiliti menerusi lukisan di atas, mungkin lebih mudah sekarang untuk kita memahami definisi aset dan liabiliti menerusi perkataan. Aset menambah wang ke dalam poket kita, manakala liabiliti mengambil wang dari poket kita.
Hanya ini yang perlu kita faham dan tahu. Sekiranya kamu hendak jadi kaya, kamu hanya perlu melabur wang sepanjang hidup dengan membeli aset sahaja. Sekiranya kamu hendak menjadi orang miskin ataupun kelas menegah, laburkan wang dengan mengumpul liabiliti sepanjang hayat.
Ini adalah aliran tunai bagi golongan miskin :
Saya bertemu dengan ramai pasangan muda yang mengalami masalah kewangan walaupun gaji mereka tinggi. Pasangan yang berbeza tetapi situasi kewangan yang sama. Mereka hadir ke sesi ceramah saya samapaikan bagi mendengar pendapat saya. Mereka pasti bertanya, ''Bolehkan tuan mengajar kami bagaimana mendapatkan wang yang banyak?''
Mereka tidak faham yang masalah mereka sebenarnya adalah bagaimana cara mereka menggunakan wang yang mereka dapat. Punca masalah mereka adalah kerana mereka tidak memiliki pengetahuan dalam kewangan dan tidak memahami perbezaan antara aset dan liabiliti.
Bersambung...
ReplyDeleteBOOST YOUR INCOME NOW BY JOINING----- Malaysia'S finest, reliable
dating agency with good track records. We have a wonderful influential network of clients ranging from government officials, politicians, senators, executive, honorable s, oil barons, money bag business personality, hotel owners and gold men and women, and we have very influential connected sugar mummies/daddies/gay and lesbian all over Malaysia. Be among the people to get our exclusive connections. We are the best reliable, efficient in our job, get the opportunity to meet them contact agent Mrs mira on her whats-app number +60146133100 now to get connected within 4 hours. We have sugar mummies all over Malaysia who are willing to lavish money on you, with gifts, cars, house and even contracts connections, and even assist you get a job,enter the entertainment industy and fashion industry, and also assist in getting loans, and financial assistance.what they need is sexual satisfaction and they pay for the services(whatsapp No: +60146133100) payment from RM4,000 TO RM10,000 PER-NIGHT NOTE:APPLICANT MUST BE ABOVE 18+ the only money i pay is the hookup form fee which is 850rm only immediately after payment for the hookup form fee which is 850rm i just got hookup immediately with my mummy ,Ipoh, Jb, Penang,Petaling Jaya,Kota bharu,Seremban,Kuching,Kota Kinabalu also Singapore and Brunei. To qualify, you must be romantic,
Whatsapp+60146133100 for your instant hookup