WHY 'A' STUDENTS WORK FOR 'C' STUDENTS (SIRI 13) : Tiga Jenis Pendapatan








Tiga Jenis Pendapatan


Dalam dunia berkaitan dengan wang ada tiga jenis pendapatan :

1) Biasa
2) Portfolio
3) Pasif

Dalam kebanyakan kes, golongan miskin dan kelas menengah bekerja untuk pendapatan biasa. Orang kaya bekerja untuk pendapatan portfolio dan pendapatan pasif.


Pendapatan biasa : secara amnya adalah wang gaji. Kebanyakan orang pergi ke sekolah dan belajar cara bagi mendapat pendapatan biasa. Selepas tamat pengajian, ramai yang terus menjadi pekerja biasa.

Pendapatan Portfolio : juga di kenali  sebagai keuntungan modal. Kebanyakan pelabur melabur untuk keuntungan portfolio, pendapatan, atau modal. Keuntungan modal berlaku apabila kita menjual pada harga tinggi. Contohnya, sekiranya kita membeli pada harga USD10 dan menjual pada harga USD5, ini adalah keuntungan modal dengan jumlah untung USD5 dan keuntungan ini dikenakan cukai atas pendapatan portfolio.

Pendapatan Pasif : juga di kenali sebagai aliran tunai. Pendapatan pasif dikenakan cukai pada kadar terendah antara ketiga-tiga jenis pendapatan, kadangkala sifar.

Ramai orang dewasa yang mahu menjalani hidupnya dengan berbuat apa yang mereka MAHU, bukan apa yang mereka PERLU.

-------------------------------------------------------------------------------------

Mengapa Orang Bijak Bersifat Pemurah

Apa yang diajar oleh sekolah kepada anak-anak kita? Adakah sekolah memberi ikan untuk dimakan, membiarkan mereka dalam keadaan tidak mampu, serta kerap kali bersifat tamak? Ataupun adakah sekolah mengajar anak kita itu memancing, berdikari, inovatif dan cukup bertanggungjawab mencari makan untuk diri sendiri?

Terdapat berpuluh-puluh soalan yang saya tanyakan kepada diri sendiri setiap kali memikirkan apa yang dipelajari oleh anak-anak di sekolah dan bagaimana teruknya persiapan yang disediakan oleh pihak sekolah untuk anak kita menghadapi dunia nyata.
  • Mengapa kebanyakan pelajar mengharapkan jaminan pekerjaan selepas tamat sekolah?
  • Mengapa kebanyakan pekerja berharap majikan akan menjaga mereka seumur hidup?
  • Adakah kemiskinan yang kita alami disebabkan oleh sistem persekolahan yang tidak mampu mempersiapkan pelajar menghadapi dunia nyata?
  • Adakah sekolah kita yang menggalakkan mentaliti layak?


Mentaliti Layak

Pada tahun 2013, aktor Perancis Gerard Depardieu mendapat pasport Rusia dan meninggalkan Perancis. Kadar cukai terhadap orang kaya terlalu tinggi.

    Pada tahun 2013, California menaikkan kadar cukai negeri dan golongan kaya mula berpindah ke negeri tanpai cukai seperti Nevada.

    Pada tahun 2013, rakan kepada seorang rakan saya yang mempunyai syarikat pembinaan dengan pekerja seramai 400 orang terpaksa menamatkan perniagaannya selepas 24 tahun. Kata beliau, ''Obamacare menaikkan kadar insuran perubatan pekerja sebanyak 24 peratus. Saya akan kerugian banyak wang sekiranya saya meneruskan perniagaan ini.''


Menyelamatkan Golongan Kelas Menengah

Pada tahun 2012, semasa pemilihan presiden, kedua-dua calon iaitu Obama dan calon Republican, Mitt Romney berjanji mahu, ''Menyelamatkan golongan kelas menengah.''

      Siapa pula mahu menyelamatkan golongan miskin? Mengapa kita perlu menyelamatkan golongan kelas menengah?

      Adakah golongan kelas menengah pada hari ini akan menjadi golongan miskin pada hari esok?

Adakah sekolah kita gagal mengajar orang ramai cara memancing? Atau adakah sekolah kita mengajar supaya mereka layak diberi ikan setiap hari? Adakah ini sebabnya semakin ramai orang bergantung kepada kerajaan bagi meneruskan hidup?

      Adakah program-program seperti Obamacare, Social Security dan Medicare menjadikan keadaan lebih baik atau buruk? Adakah pemberian ikan kepada masyarakat meningkatkan kebergantungan mereka kepada program-program kerajaan?

     Dengan bertambahnya bilangan warga emas Amerika daripada sejumlah 76 juta orang yang mula menuntut bayaran Social Security dan faedah Medicare, adakah ini akan menyebabkan golongan kelas menengah turun menjadi golongan miskin?

     Seperti yang kita tahu, bebanan cukai tertinggi ditanggung oleh golongan kelas menengah. Sekiranya kita mengkaji Obamacare kita akan mendapati ia adalah cukai, bukan pelan penjagaan kesihatan yang berpatutan. Siapa yang akan membayar cukai tersebut? Beban cukai ini jatuh kepada golongan kelas menengah yang berkemungkinan mereka itu adalah anak-anak kita.


Bersambung siri ke 15 pulak insyaallah..









Comments