WHY 'A' STUDENTS WORK FOR 'C' STUDENTS (SIRI 16) : Aset dan Liabiliti



Satu Lagi Sudut Pandang Tentang Kad Laporan?

Pegawai bank tidak meminta kad laporan kita kerana mereka tidak berminat dengan kepentingan kita dalam akademik. Mereka berminat dengan kepintaran kita dalam bidang kewangan.

      Penyata kewangan kita adalah kad laporan kita selepas berhenti sekolah. Ia adalah kad laporan kita sebagai orang dewasa.
 
      Isunya adalah kebanyakan pelajar yang sudah lama meninggalkan alam persekolahan sebenarnya masih hidup dengan masa lalu. Mereka berbangga dengan kejayaan sebagai pelajar A di sekolah. Namun, mereka gagal memberi fokus pada kad laporan masa hadapan, iaitu penyata kewangan peribadi. Inilah puncanya mengapa ramai pelajar A yang mungkin mendapat gred bagus di sekolah tidak mencapai gred yang sama bagus dalam kad laporan kewangan sebagai orang dewasa. Sebaliknya, ada pelajar yang lemah menjadi orang pintar dalam urusan kewangan apabila mereka meninggalkan persekitaran akademik dan melangkah ke dunia nyata.


Apakah yang dinyatakan dengan pendidikan kewangan?

Penyata kewangan terdiri daripada dua bahagian iaitu Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.

 

Penyata pendapatan dan kunci kira-kira saling melengkapi. Kecerdasan dalam kewangan melibatkan kemampuan memahami kaitan antara kedua-duanya.

       Apabila kebanyakan pelajar meninggalkan alam persekolahan, fokus utama mereka adalah penyata pendapatan. Mereka mencari pekerjaan dan gaji. Mereka memerlukan pendapatan bagi menanggung perbelanjaan hidup. Grafik menunjukkan kitaran yang berlaku.






Kehidupan menjadi semakin sukar bagi sebahagian besar orang dewasa dan anak-anak mereka. Ini berlaku apabila ibu bapa dan guru-guru menasihatkan seorang anak supaya, ''Pergi ke sekolah dan dapatkan gred yang bagus supaya kamu diterima bekerja dengan gaji lumayan.'' Sekiranya kita menuruti nasihat ini, fokus kita adalah penyata kewangan.

       Tanpa pendidikan kewangan, ramai yang tidak tahu tentang kehebatan kunci kira-kira. Tanpa pendidikan kewangan juga, kebanyakan orang menggunakan kehebatan kunci kira-kira dengan cara yang tidak betul. Kita memerlukan pendidikan kewangan bagi memastikan kunci kira-kira dapat membantu kita dengan cara yang betul.


Aset Dan Liabiliti

Sebelum itu mari kita ingatkan balik apa itu maksud aset dan liabiliti :

- Aset       : Menambah wang masuk ke dalam poket, walaupun kita tidak bekerja
- Liabiliti : Mengambil wang keluar daripada poket, selalunya memerlukan kita bekerja keras.

Ayah kandung mahu saya membuat apa yang beliau lakukan, iaitu menyambung pelajaran dan fokus pada penyata pendapatan. Manakala, Rich Dad pula mengajar saya supaya fokus kepada kunci kira-kira.

Lukisan garisan ringkas berikut menjelaskan perbezaan antara aset dan liabiliti.




Penyata kewangan bukan sains roket. Apa yang seseorang perlu lakukan adalah bertanya, ''Adakah perkara ini mengambil wang keluar dari poket saya?'' Sekiranya ya, ia adalah liabiliti. Sekiranya ia menambah wang masuk ke dalam poket, ia adalah aset.


Apa Yang Dimaksudkan Dengan Aset

Apa sahaja yang menambah wang ke dalam poket kita mereka adalah aset. Sekiranya rumah kita dalam tempoh gadai janji, bayaran pinjaman adalah liabiliti. Tetapi kita dan pinjaman kita adalah aset kepada bank selama mana kita membayar pinjaman gadai janji ini.





Sekiranya kita berhenti membayar pinjaman gadai janji ini. aset bank kita bertukar menjadi liabiliti.


Tiga Kelas Kewangan

GOLONGAN MSIKIN


Pekerja miskin cenderung memiliki pekerjaan bergaji rendah, lalu menghasilkan perbelanjaan yang terhad. Secara amnya mereka tidak memiliki aset dan tidak juga memiliki liabiliti. Kebanyakan golongan ini menyewa dan menggunakan kenderaan awam. Kelas ini cenderung hidup di tahap survival. Mereka hidup dengan gaji sebulan ke sebulan berikutnya apabila mereka mendapat cek gaji.




GOLONGAN KELAS MENENGAH




Golongan kelas menengah mendapat gaji lebih banyak tetapi secara amnya mempunyai lebih banyak perbelanjaan dan liabiliti. Kereta baru, rumah lebih besar dan sebagainya.

       Saya selalu ditanya mengapa saya meletakkan pelan persaraan sebagai liabiliti. Jawapannya mudah sahaja. Pelan persaraan  kita adalah liabiliti tidak berdana ataupun kurang dana yang sebenarnya mengambil wang keluar dari poket kita.
       Selepas seseorang bersara dan pelan persaraan itu mula meletakkan semula wang ke dalam poket kita, pada masa itulah ia berubah menjadi aset. Aset yang diharap menyediakan aliran tunai yang cukup bagi menanggung perbelanjaan hidup kita sepanjang hayat.

       Ada tiga isu pada kebanyakan pelan persaraan.
  1. Berdasarkan situasi turun naik pasaran dan inflasi, sebenarnya kita tidak tahu jumlah wang yang kita miliki
  2. Kita tidak tahu berapa lama kita hidup
  3. Kita tidak tahu jumlah wang yang kita perlukan.

GOLONGAN KAYA


Perkara penting yang saya mahu nyatakan adalah golongan kaya memberi fokus kepada kehebatan kolum aset mereka. Golongan kelas menengah pula sebahagian besarnya mempunyai hanya sedikit aset, namun banyak liabiliti. Golongan yang betul-betul miskin tidak tahu apa itu aset dan liabiliti.



Bersambung siri ke 17....







Comments