Siapa yang lebih banyak membayar cukai?
Tujuan di sini adalah bukan membincangkan cukai. Sebaliknya kita membincangkan kepentingan pendidikan kewangan dan bagaimana pilihan dan keputusan oleh seseorang yang berilmu sepanjang hidupnya, menentukan sama ada mereka hidup bekerja demi wang ataupun mereka membiarkan wang bekerja untuk mereka.
Kebanyakan orang berusaha untuk menjadi kaya, namun bekerja untuk pendapatan biasa di kuadran E dan S. Apabila mereka melabur, sebahagian besarnya melabur untuk pendapatan portfolio daripada pasaran saham. Hanya sedikit yang belajar berkenaan pendapatan pasif atau aliran tunai, melainkan pendidikan itu bermula di rumah.
Saya percaya lebih bijak sekiranya kita mengajar anak-anak kita menjadi pembekal ikan (orang kaya) berbanding memberitahu yang mereka layak mendapat ikan seumur percuma seumur hidup (orang miskin) ataupun bekerja untuk mendapatkan ikan (orang kelas menengah).
Kata Abraham Licon :
''Kita tidak dapat menolong orang lain selama-lamanya dengan melakukan apa yang mereka dapat dan seharusnya melakukan sendiri.''
Pilihan ada ditangan kita.
Sudut Pandang Yang Berbeza
Contoh sudut pandang yang berbeza :
Di sisi E & S :
- Cukai tidak bagus
- Hutang tidak bagus
- Orang kaya tamak
Di sisi B & I
- Cukai bagus
- Hutang bagus
- Orang kaya pemurah
Apa Maksud Kecerdasan?
Kecerdasan mempunyai banyak definisi dan makna. Kebebasan dalam bahagian ini bermaksud :
''Kemampuan untuk keluar daripada perangkap dunia ''betul'' ataupun ''salah'' yang disampaikan di sekolah serta melihat dunia kewangan dari sebanyak mungkin sisi dan sebanyak mungkin perspektif yang ada.''
Sekiranya minda kita terbuka untuk idea bertentangan, kecerdasan kita bertambah. Sekiranya minda kita tidak terbuka untuk idea bertentangan, kejahilan sedang mengawal kita.
Satu Lagi Sudut Pandang Tentang Kecerdasan
Rich Dad adalah lelaki yang cukup pemurah. Beliau percaya kepada ''pertukaran yang adil''. Beliau juga percaya pendidikan kewangan adalah lebih bernilai berbanding wang.
Beliau membayar upah kepada pekerjanya. Dalam pelbagai kes, bayaran upah atau gaji yang beliau beri agak banyak. Kebanyakan pekerja yang setia bekerja untuk beliau dalam jangka masa yang panjang. Beliau selalu berkata,
'' Pekerja saya lebih meghargai wang berbanding pendidikan kewangan. Sebab itu mereka adalah pekerja.''
Peluang Lebih Besar
Sewaktu saya masih remaja, saya mencari peluang yang betul-betul besar. Akhirnya saya menjumpai seorang lelaki yang melihat ke arah sebuah padang yang agak besar dan dipenuhi lalang yang tinggi.
Saya mendekati beliau dan bertanya apa yang beliau mahukan. Lelaki tua itu berkata, beliau mahu lalang di padang itu dibuang.Sebelum ini beliau biasa melakukanya sendiri, tetapi beliau sudah uzur. Padang itu besarnya kira-kira dua ekar. Beliau berkata beliau akan membayar upah USD50 sekiranya saya dapat mencabut bukan memotong, lalang yang tiggi itu. Sebaik sahaja saya mendengar USD50 saya tidak mendengar perkara lain. Sudah tentu saya menerima tugas itu. Kemudian lelaki tua itu berkata beliau mahu tugas itu selesai pada hari minggu berikutnya.
Saya menelefon Rich Dad dan memberitahu berita itu. Rich Dad menambah apa yang perlu saya lakukan. Kata Rich Dad, ''seperti Tom Sawyer, tugas kamu adalah mencari orang bagi melakukan kerja itu. Tugas kamu adalah membuat perjanjian, memastikan kerja itu selesai, terima bayaran, memberi upah kepada pekerja, serta mengaut keuntungan.
Pada hari isnin berikutnya di sekolah, saya melantik 10 rakan sekelas untuk mula bekerja. Selepas waktu sekolah pada hari yang sama, hanya enam orang yang muncul di padang itu. Pada hari selasa, masih tidak banyak lalang yang berjaya dibuang. 'Pekerja' saya nampaknya lebih seronok bermain-main, bukannya bekerja. Mereka bergurau senda, bukannya mencabut lalang yang masih banyak itu.
Pada hari rabu, tidak ada seorang pun datang bekerja, meskipun mereka sudah berjanji. Pada malam rabu, saya memberitahu perkara ini kepada Rich Dad dan beliau membalas, ''Lebih baik kamu tunaikan janji dan selesaikan yang kamu terima itu.''
Pada hari khamis dan jumaat, saya melakukan sendiri kerja mencabut lalang di situ. Pada hari Sabtu, lelaki pemilik padang membayar upah USD50 kepada saya. Pada hari isnin, 'pekerja' saya menuntut wang upah bahagian mereka. Pada usia 15 tahun, saya berhadapan dengan bantahan daripada pekerja dan saya kalah. Saya membayar mereka atas rasa sakit hati bertemu dengan mereka di sekolah, diganggu, dan kemungkinan, lebih-lebih lagi adalah tidak berbaloi dengan USD50. Akhirnya, ia menjadi pengalaman yang tidak ternilai bagi saya.
Apabila saya memberitahu kepada Rich Dad kisah menyiapkan kerja tetapi tidak mendapat sebarang keuntungan, beliau hanya tersenyum dan membalas, ''Selamat datang ke dunia saya.''
Nantikan sambungan di siri ke 16..
Comments
Post a Comment