''Mengapa Kamu Tidak Ajar Saya Tentang Wang?''
Sebagai anak muda saya selalu bertanya kepada guru-guru, ''Kenapa cikgu tidak ajar saya tentang wang? Kenapa cikgu tidak ajar saya cara untuk menjadi kaya?''
Saya tidak pernah mendapat sebarang jawapan untuk semua pertanyaan itu. Saya memerlukan masa beberapa tahun bagi memahami ada dua sebab guru-guru saya tidak dapat menjawab soalan itu. Pertama, mereka sendiri tidak mempunyai latar belakang pendidikan kewangan, oleh itu mereka tidak dapat mengajar saya cara untuk menjadi kaya. Kedua, mereka tidak fikir belajar tentang wang itu penting kerana mereka mengharapkan kerajaan menjaga kebajikan mereka.
Mentaliti Layak Massa
Berjuta-juta orang mahukan jaminan terhadap gaji bulanan dan bantuan seumur hidup. Mentaliti layak biasanya ada pada pelajar B, iaitu orang yang mencari perlindungan seumur hidup dengan bekerja sebagai birokrat kerajaan.
Ada tiga jenis pendapatan yang sama seluruh dunia :
1) Pendapatan biasa : Golongan miskin
2) Pendapatan portfolio : Golongan kelas menengah
3) Pendapatan pasif : Golongan kaya. Daripada pelaburan kuadran B dan I
Apabila pihak sekolah menasihatkan supaya para pelajar mendapatkan pekerjaan bergaji lumayan, nasihat mereka bermaksud kerja untuk pendapatan biasa yang dikenakan cukai paling tinggi antara ketiga-tiga jenis pendapatan. Manakala apabila penasihat kewangan mengesyorkan supaya kita, ''Melabur dalam dana persaraan,'' apabila wang itu dikeluarkan semasa kita bersara kelak ia dikenakan cukai pada pendapatan biasa.
Bagaimana Golongan Kaya Mengelak Bayaran Cukai?
Mudah sahaja : Golongan kaya bekerja untuk pendapatan PASIF
Pendapatan pasif juga dikenali sebagai aliran tunai. Orang yang benar-benar kaya menjadi kaya kerana inilah jenis pendapatan yang mereka miliki.
Soalan : Bagaimana kita tahu gologan kaya bekerja untuk aliran tunai?
Jawapan : Ia pengetahuan umum. Contohnya, Steve Jobs bekerja untuk gaji USD1 setahun. Beliau tidak memerlukan cek gaji. Beliau tidak mahu pendapatan biasa.
Secara teknikalnya dengan pendapatan USD1 setahun menurut pendapatan biasa, beliau diklasifikasikan sebagai orang miskin. Namun, beliau seorang hartawan. Sahamnya di Apple iaitu syarikat yang beliau asaskan, menjadikan beliau kaya. Ketikan golongan E dan S membeli beberapa unit saham, golongan B dan I menjual saham dalam syarikat yang mereka cipta. Inilah yang menyebabkan Steve Jobs kaya.
Soalan : Bagaimana golongan kaya mendapat wang?
Jawapan : Dengan bekerja di kuadrdan B dan I, bukan kuadran E dan S.
Golongan kelas menengah hanya tahu bekerja keras dan bekerja lebih lama demi pendapatan biasa. Itulah sebabnya ramai yang kembali ke sekolah atau belajar lebih lama. Ataupun mereka bekerja lebih masa. Ataupun mereka membuat dua ataupun tiga jenis pekerjaan dalam satu masa. Ataupun mereka bekerja keras bagi mendapatkan kenaikan gaji. Kesemua ini hanya menyebabkan mereka perlu membayar cukai lebih tinggi. Oleh itu walaupun gaji mereka bertambah, mereka hanya dapat menyimpan sedikit sahaja.
Golongan kaya mempunyai pendidikan kewangan bagi mendapatkan pendapatan pasif. Dengan pendidikan kewangan, golongan kaya mempunyai kebolehan bagi menambah pendapatan dan mengurangkan cukai dengan melakukan kerja yang kerajaan sendiri berharap ianya dapat dilakukan.
Contohnya, sekiranya saya menyediakan pekerjaan, saya akan menerima pengecualian cukai. Sekiranya saya menggali minyak, saya akan menerima insentif cukai yang besar. Sekiranya saya menggunakan hutang bagi melabur, saya akan menerima pengecualian cukai. Saya juga menerima pengecualian cukai kerana menyediakan rumah mampu milik kepada sesiapa yang tidak mampu membeli rumah.
Namun, kebanyakan pelajar selepas tamat sekolah, pergi mencari kerja berbanding belajar cara menyediakan pekerjaan. Kebanyakan orang menggunakan minyak, bukan belajar menggali minyak. Dan kebanyakan pelajar menamatkan persekolahan sambil bermimpi membeli rumah sendiri, bukan menyediakan rumah untuk orang lain,
Semua ini berbalik semula kepada pendidikan kewangan.
Comments
Post a Comment