WHY 'A' STUDENTS WORK FOR 'C' STUDENTS (SIRI 12) : Kandungan dan Konteks


Kandungan vs Konteks


Gambar rajah berikut adalah gelas yang separuhnya berisi air.


Bagi tujuan pembelajaran kali ini, air di dalam gelas mewakili kandungan. Gelas ini pula mewakili konteks.


Pendidikan Adalah Mengenai Kandungan 

Pendidikan tradisional memberi fokus pada kandungan, iaitu membaca, menulis, dan mengira.
Pendidikan tradisional tidak memberi fokus pada konteks iaitu pelajar.


Apa itu Konteks?

Konteks memegang kandungan.
Konteks yang ada pada seseorang termasuk :
  • Falsafah
  • Kepercayaan
  • Pemikiran
  • Peraturan
  • Nilai
  • Kebimbingan
  • Keraguan
  • Sikap

Konteks seseorang yang miskin dapat di lihat menerusi tutur katanya :
  • ''Saya tidak mungkin menjadi kaya''
  • ''Orang kaya tidak akan masuk syurga''
  • ''Saya lebih suka menjadi orang yang bahagia''
  • "Wang tidak penting bagi saya"
  • "Kerajaan seharusnya mengambil berat terhadap orang ramai"
Ramai orang miskin kerana mereka memiliki konteks yang miskin.


Contoh kosa kata yang menceritakan konteks orang kelas menengah :
  • "Saya mesti mendapatkan pendidikan yang bagus"
  • "Jaminan pekerjaan adalah begitu penting"
  • "Berapa banyak hari cuti saya dapat?" 

Contoh kenyataan yang mencerminkan konteks orang kaya :
  • "Saya mesti menjadi kaya"
  • "Saya pemilik perniagaan dan pekerjaan saya adalah hidup saya"
  • "Kebebasan adalah lebih penting berbanding perlindungan"
  • "Saya menyahut cabaran supaya saya dapat belajar"
  • "Saya mahu mengetahui sejauh mana saya dapat pergi dalam hidup ini''

Ubah Konteks dan Ubah Hidup Kita

Apabila saya pulang dari Vietnam pada tahun 1973, Rich Dad mencadangkan supaya saya mengambil kursus hartanah. Kata beliau,"Sekiranya kamu mahu menjadi kaya, kamu perlu belajar menggunakan hutang bagi menjadi kaya''.

    Kursus hartanah tiga hari yang saya ambil itu memang hebat. Instruktor kursus itu adalah seorang guru yang hebat. Beliau adalah seorang pelabur hartanah  yang tidak memerlukan cek bayaran gaji. Beliau mengamalkan apa yang beliau ajar.

   Apabila kelas berakhir instruktor itu berkata, ''Sekarang pelajaran kamu bermula.'' Beliau tersenyum kepada kamu dan berkata, ''Ini adalah tugasan kamu : Dalam masa 90 hari sterusnya, tugas kamu adalah mencari, memeriksa, menganalisis, dan menulis penilaian tentang 100 ataupun lebih hartanah sewa yang berpotensi.''


Tamat Pengajian

Pada penghujung kursus hartanah tiga hari itu, instruktor kami memecahkan kelas kepada 2 kumpulan. Ada 6 orang dalam kumpulan saya. Kami perlu membuat tugasan 90 hari itu bersama-sama.

   Minggu pertama selepas kursus, dua orang ahli kumpulan saya menarik diri. Mereka tidak hadir ke mesyuarat pertama kami. Konteks mereka menang.

   Empat minggu seterusnya salah seorang ahli kumpulan berkata, ''Bidang hartanah bukan untuk saya.'' Sekali lagi, konteks mereka menang.

   Pada permulaan bulan ketiga, iaitu memasuki 60 hari proses tugasan, orang keempat pula meninggalkan kumpulan selepas berkata, ''Saya mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.''

   Saya dan seorang lagi menamatkan proses 90 hari itu. Kami menilai 104 hartanah. John, rakan saya yang menyempurnakan  tugasan bersama saya terus menjadi pemaju hartanah dan mengumpul untung berjuta-juta. Hasil usaha saya juga tidak dapat di nafikan. Kami berdua membayar USD385 untuk kursus selama 3 hari itu.


Bersambung siri ke 13..








Comments