Minda Jutawan
Menerusi buku The Millionaire Mind, Thomas J. Stanley membentangkan kaji selidik statistik mendalam bagi mengenal pasti pemboleh ubah yang menyebabkan seseorang berjaya dalam perniagaan dan menjadi kaya-raya. Bertentangan dengan kepercayaan umum, kaji selidik itu mendapati tiada hubung kait antara gred sekolah, kedudukan kelas, markah ujian dan kejayaan.
Malah, 33 peratus daripada mereka yang tersenarai dalam Forbes 400 sebagai orang terkaya, tidak pernah memasuki atau menamatkan pengajian. Malah purata jumlah kekayaan mereka yang tidak menamatkan sekolah atau pengjian lebih besar berbanding rakan mereka yang lulus kolej.
Pengajaran Daripada Kon Pembelajaran
KON PEMBELAJARAN |
Kebanyakan valedictorian bijak dalam 2 perkara terbawah di Kon Pembelajaran. Kebanyakan Valecdictorian adalah pembaca hebat dan dapat belajar dengan baik apabila mendengar kuliah.
Satu sebab mengapa sebahagian besar Valedictorian tidak berjaya di peringkat lebih tinggi dalam Kon Pembelajaran adalah kerana pelajar A dibiasakan dengan cara berfikir, membuat kesilapan adalah sesuatu yang buruk dan menunjukkan mereka dungu. Oleh itu, mereka mengelak risiko dengan cara tidak membuat silap.
Kisah Saya
Ayah saya (Robert) adalah Seorang Valedictorian
Ayah kandung saya mungkin seorang yang bijak akademik. Beliau membaca dan belajar seperti orang gila, lulus ijazah sarjana dalam masa dua tahun sahaja daripada Universiti Hawaii. Beliau diiktiraf sebagai seorang daripada dua pendidik dalam sejarah di Hawaii.
Beliau kehilangan pekerjaan pada usia 53 tahun dan tidak bersedia melakukan perkara lain. Beliau adalah seorang guru sejati, mantan kakitangan kerajaan yang memiliki hanya sedikit pengalaman di luar bidang pendidikan.
Beliau menggunakan wang simpanan persaraannya bagi membeli francais aiskrim berjenama. Tidak lama kemudian perniagaan beliau muflis. Apabila saya pulang daripada Vietnam pada tahun 1973, saya melihat ayah di rumah membelek surat khabar mencari pekerjaan.
Menurut Kon Pembelajaran, ayah saya berusaha untuk melakukan perkara sebenar seperti yang tertera di peringkat tinggi kon dan beliau hilang segala-galanya. Gelaran Valedictorian tidak membantu beliau hidup di dunia perniagaan yang gila. Beliau bergerak dari kuadran E terus menuju kuadran B dan I, lalu gagal.
Ayah saya berjaya di sekolah sebagai pelajar A. Beliau berjaya sebagai birokrat di jabatan kerajaan. Sayangnya dalam urusan berkaitan wang, perniagaan dan pelaburan, beliau terlepas tempoh belajar di tiga jendela pembelajaran. Beliau tidak mampu bertahan di kuadran B dan I yang memeritkan.
Kejayaan Tidak Menjamin Kejayaan
Kejayaan pada satu kuadran tidak menjamin kejayaan di kuadran lain. Dalam kes ayah kandung saya, menjadi seorang Valedictorian memberi kelebihan kepada beliau di kuadran E sebagai birokrat jabatan kerajaan, tetapi gred terbaik tidak membantu beliau di kuadran B dan I.
Kebanyakan valedoctrian berjaya sekiranya mereka tahu menjaga diri di kuadran E dan S. Namun, sebaik sahaja mereka memasuki dunia perniagaan yang tinggi daya saing dan bergerak pantas iaitu di kuadran B dan I, kolej yang mereka hadiri dan purata nilai gred yang mereka peroleh tidak dapat membantu mereka.
Lebih awal ibu bapa mengajar anak berkenaan setiap kuadran, lebih awal anak akan mula bersedia menghadapi kehidupan.
Insyaallah kita bersambung pulak pada siri ke -11..
Comments
Post a Comment