WHY 'A' STUDENTS WORK FOR 'C' STUDENTS (SIRI 17) : Mengapa Pegawai Bank Mahu Melihat Penyata Kewangan Kita





Mengapa Pegawai Bank Mahu Melihat Penyata Kewangan Kita

Membandingkan penyata kewangan ayah kandung dan Rich Dad adalah pengalaman yang membuka mata saya. Berikut adalah perbandingan daripada kunci kira-kira mereka.


Ayah kandung saya yang miskin itu adalah kakitangan kerajaan yang mendapat gaji lumayan. Beliau tidak memiliki rumahnya sendiri sehingga usianya 40 tahun. Keluarga kami menyewa rumah yang kami diami. Walaupun beliau mengambil orang bekerja, beliau tidak pernah menawarkan peluang pekerjaan. Pembayar cukai yang membayar gaji dan faedah pekerja-pekerja yang beliau lantik. Sekiranya ayah saya melantik orang yang tidak bagus, pembayar cukai yang menanggung kesilapan beliau. Beliau tidak perlu menanggung kesilapan sendiri. Dalam banyak keadaan, ayah saya boleh melantik orang bekerja, tetapi tidak boleh memecat mereka.

        Sebaliknya Rich Dad menawarkan beratus-ratus peluang pekerjaan dan membayar gaji ribuan dolar setiap bulan. Pelaburan beliau dalam hartanah menyediakan rumah untuk ratusan orang penyewa kos rendah.

Konsep Terpenting


Kekurangan pendidikan kewangan di sekolah adalah salah satu sebab berlakunya peperangan antara golongan kaya dan semua orang. Kebanyakan orang mempunyai falsafah kerajaan, ''Kenakan cukai kepada orang kaya'' atau gaya Robin Hood ''Ambil daripada orang kaya dan beri kepada orang miskin''.

Empat kumpulan ekonomi :
  1. Golongan miskin
  2. Golongan kelas menengah
  3.  Golongan kaya berpendapatan jutaan dolar setahun
  4. Golongan sangat kaya berpendapatan jutaan dolar sebulan atau lebih
Berikut adalah beberapa contoh golongan kaya lawan golongan sangat kaya :

- Seorang doktor perubatan mungkin orang kaya
  Pemilik syarikat farmaseutikal mungkin orang yang sangat kaya

- Seorang atlet profesional mungkin orang kaya
  Pemilik pasukan yang menandatangani cek bayaran kepada atlet itu mungkin orang yang sangat    kaya

- Seorang peguam yang tinggal di rumah agam mungkin orang kaya
  Seseorang yang melabur dalam perumahan apartment mempunyai peluang lebih baik bagi menjadi orang yang sangat kaya


Apa Yang Dimaksudkan Dengan Jutawan? 

Berikut adalah beberapa contoh kategori jutawan

Jutawan Nilai Bersih 
Ini adalah kumpulan terbesar bagi jutawan. Kebanyakan orang dalam golongan kelas menengah berada dalam kategori ini. Satu contoh adalah seseorang yang membeli rumah berharga USD100,000 pada tahun 1975, sebaik sahaja sebelum berlaku inflasi. Rumah berharga USD100,000 itu mungkin bernilai USD2.5 juta pada hari ini dan pemiliknya dapat memiliki rumah tersebut secara percuma dan bersih. Mereka mungkin memiliki saham portfolio bernilai USD500,000. Orang ini adalah jutawan nilai bersih. Masalahnya adalah ramai orang dalam kategori ini masih bimbang memikirkan perbelanjaan harian mereka kerana mereka mempunyai aliran tunai yang sedikit.

Jurawan Berpendapatan Lumayan
Mereka ini adalah jutawan yang menerima cek gaji berjuta-juta dolar daripada kuadran E dan S, iaitu orang seperti CEO, peguam, atlet profesional, doktor dan bintang filem

      Walaupun mereka jutawan dari segi pendapatan, ada ramai daripada mereka yang masih bimbang hilang pekerjaan ataupun tidak cukup wang apabila mereka berhenti bekerja atas apa jua sebab.

Jutawan Aliran Tunai 
Pendapatan mereka datang daripada aset. Mereka benar-benar kaya. Mereka tidak memerlukan pekerjaan. Itulah sebabnya Steve Jobs tidak memerlukan cek gaji dan mengambil gaji hanya USD1 setahun.

     Apabila orang ramai merujuk kepada 'golongan satu peratus' yang benar-benar kaya di Amerika, kebanyakan daripada mereka berada dalam kategori jutawan aliran tunai


Bersambung pada siri ke 18...


Comments