Kisah pembelajaran (kewangan) Robert T Kiyosaki
Semasa Robert berumur 9 tahun dia merasakan ada sesuatu yang kurang di sekolah. Apa yang kurang adalah pelajaran berkaitan wang.
Pembelajaran tentang wang bermula ketika dia berusia 7 tahun sewaktu dia melihat ibunya duduk menangis di meja dapur. Beliau menangis kerana bil yang perlu di bayar semakin bertambah, tetapi keluarga Robert sudah kehabisan wang.
Pada tahun 1950-an, bank menghantar penyata bertaip kepada pelanggan. Kertas penyata pula berwarna keemasan. Pada awal bulan, apabila ayah kandung Robert mendepositkan cek gajinya, nombor-nombor yang tertera dalam penyata adalah berwarna hitam. Apabila ibu bapa Robert mula mengeluarkan cek, nombor-nombor hitam bertukar menjadi warna merah. Ia menandakan sudah tidak ada wang dalam akaun bank itu bagi menukarkan cek kepada tunai. Akaun semasa mereka sudah overdraf.
Saya bertanya kepada ibu, apa yang di lakukan oleh ayah untuk menangani masalah ini. Ibu mempertahankan ayah dengan berkata ''Ayah sedang melakukan yang terbaik. Beliau bekerja keras dan menyambung pelajaran ke peringkat ijazah dan kedoktoran supaya beliau dapat mencari pekerjaan yang bergaji lebih tinggi.
Pada hari ini sebagai orang dewasa Robert bingung dan menahan diri daripada memberi komen apabila dia mendengar orang berkata ''Saya hendak menyambung pelajaran bagi mengambil satu lagi ijazah,'' sebagai jalan keluar bagi masalah kewangan mereka.
Robert mengimbas kembali kata-kata Rich dad, '' Sekiranya dengan pergi ke sekolah itu benar-benar dapat menjadikan kita kaya, sudah tentu guru-guru di sekolah sudah menjadi jutawan''.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Jendela Pemberlajaran Pertama Saya (Robert)
Saya (Robert) tidak pernah mendapat gred bagus di sekolah. Saya tetap sahaja seperti pelajar yang biasa-biasa, walaupun saya berusaha sehabis baik.
Pada suatu hari Rich Dad berpesan kepada saya, '' Gred kamu penting. Tetapi saya akan memberitahu satu rahsia hidup yang sebenar.
'' Apakah rahsianya itu?'' saya bertanya.
Rich Dad merapat dan berbisik kepada saya, ''Pegawai bank saya tidak pernah meminta kad laporan saya. Pegawai bank tidak peduli sama ada saya pelajar bijak ataupun bertanya saya bersekolah di mana.''
Oleh kerana saya ingin tahu, lalu saya pun bertanya, ''Apakah yang pegawai bank itu mahu lihat?''
''Penyata kewangan saya'', Rich Dad berkata lagi, ''Penyata kewangan adalah kad laporan kita apabila sudah tamat sekolah. Masalahnya adalah kebanyakan pelajar tamat sekolah tidak tahu tentang penyata kewangan.''
PENYATA PENDAPATAN |
Rich Dad mempunyai definisi yang mudah untuk perkataan 'aset' iaitu, ''Sesuatu yang menambah wang ke dalam poket kita''.
Definisi beliau untuk perkataan 'liabiliti' pula adalah, ''Sesuatu yang mengambil wang keluar daripada poket kita''.
Anak panah dalam diagram menggambarkan aliran tunai. Ia adalah arah tuju aliran tunai iaitu wang masuk dan wang keluar, yang menyatakan perbezaan antara aset dan liabiliti.
Golongan kuadran E dan S fokus kepada jaminan pekerjaan :
Golongan kuadran B dan I fokus pada harta/penghasilan dan pemerolehan aset :
Jendela Pembelajaran Kedua Saya (Robert)
Pada usia 15 tahun, Rich Dad membenarkan saya dan anaknya duduk bersama dalam mesyuarat pengurusan setiap hari sabtu. Dalam mesyuarat itu, Rich Dad duduk bersama-sama akauntanya, para peguam, arkitek, pegawai bank dan pengurus hartanah bagi membincangkan cabaran-cabaran yang ada dalam perniagaan beliau.
Rich Dad selalu berkata, ''Perniagaan umpama pasukan sukan. Sesiapa yang memiliki pasukan terbaik pasti berjaya.''
Rich Dad juga berkata, ''Kita tidak perlu menjadi orang yang paling bijak di kuadran E dan S. Di kuadran B dan I, saya tidak perlu menjadi orang yang paling bijak. Apa yang perlu saya lakukan hanya memastikan saya di kelilingi oleh pelajar A''
Jendela Pemberlajaran Keitga Saya (Robert)
Semasa saya mula memasuki jendela pembelajaran ketiga sebgai anak muda, saya tahu sudah tiba masanya saya membuat keputusan kuadran yang mana, bilik darjah yang mana dan seterusnya untuk diri sendiri. Sekiranya saya memilih kembalik belayar ataupun sebgai juruterbang, sudah pasti saya memilih kuadran E.
Maka saya memilih untuk berada di kuadran B dan I dengan mengikuti kursus pelaburan hartanah selama tiga hari. Rich Dad yang mencadangkan saya untuk mengikuti kursus tersebut sebagai langkah pertama untuk saya menuju ke kuadran B dan I.
Pendidikan adalah suatu proses. Sekiranya kita mahu menjadi doktor, kita akan memasuki sekolah perubatan. Sekiranya kita mahu menjadi peguam, kita akan memasuki sekolah undang-undang. Sekiranya kita mahu menjadi usahawan di kuadaran B dan I, kita perlu memilih guru kita, bilik darjah, serta proses pendidikan kita secara berhati-hati.
Insyaallah bersambung di siri 11....
Comments
Post a Comment