WHY 'A' STUDENTS WORK FOR 'C' STUDENT (SIRI 9) : Jendela pembelajaran








Monopoly :

Menurut peraturan permainan Monopoly :

       ''Pihak bank tidak boleh muflis. Sekiranya bank kehabisan wang, pegawai bank boleh mengeluarkan sebanyak mana wang yang diperlukan dengan menulis di atas kertas-kertas biasa''



Krisis Antarabangsa :




Greece

Greece jatuh muflis pada tahun 2012 dan kemudiannya para pesaranya mula membunuh diri kerana tidak sanggup hidup sebagai orang tua miskin. Di kebanyakan negara, orang terbaik dan terpandai meninggalkan kampung halaman demi mencari peluang di negara-negara lain.

Itali

Di Itali pada tahun 2012, dalam hanya satu hari harga satu gelen minyak naik daripada USD10 kepada USD16. Hal ini berlaku kerana kenaikan kadar cukai yang dibuat bagi membantu bayaran bunga hutang negara. Masalahnya dengan golongan birokrat berpendidikan tinggi ini adalah mereka menyangka tindakan menaikkan cukai dapat menyelamatkan ekonomi. Cukai membunuh ekonomi, manakala pihak bank dan ahli politik menjadi semakin kaya.

Perancis

Perancis, negara ekonomi kedua terbesar eropah, sedang dililit hutang yang begitu banyak pada ketika pertumbuhannya perlahan. Orang perancis tidak mahu bekerja lebih kuat, sebaliknya mereka mahu  mendapat lebih banyak waktu rehat, tugasan yang sedikit dan bersara lebih awal. Apabila produktiviti mereka menurun, negara mereka juga mengalami proses yang sama.

  Bagi menyelesaikan masalah ini, negara Perancis menaikkan kadar cukai ke atas orang kaya. Apabila orang kaya perlu membayar cukai, mereka (dan wang mereka) akan meninggalkan negara itu.


Gunakan Masalah Kewangan Sebagai Kesempatan Untuk Belajar

Ibu dan ayah kandung saya (Robert) melakukan yang terbaik bagi melindungi anak-anak mereka daripada masalah kewangan.

    Masalahnya, kami empat beradik tahu bahawa kami mempunyai masalah kewangan. Tetapi kami tidak diajar supaya berdepan dengan masalah kewangan itu, sebaliknya kami diajar supaya bersembunyi.

   Apabila Rich Dad mempunyai masalah kewangan ataupun masalah pekerja, beliau menggunakan masalah hidup yang sebenar sebagai kesempatan untuk belajar.

Rich Dad sering kali berkata, ''Masalah dapat menjadikan kita lebih bijak. Masalah juga dapat menjadikan kita miskin. Pilihan ada di tangan kita''


Jendela Pembelajaran 

Soalan : Pada usia berapakah kita patut mengajar anak kita tentang wang?

Jawapan : Pada ketika mereka dapat membezakan wang kertas USD1 dan USD5

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Setiap anak melalui tiga jendela pembelajaran yang penting. Ketiga-tiga jendela pembelajaran tersebut adalah :

Jendela pertama :  Bayi hingga 12 tahun
Jendela kedua    : 12 tahun hingga 24 tahun
Jendela ketiga    : 24 tahun hinggaa 36 tahun


Jendela pembelajaran #1

Kita tidak dapat menolak kenyataan semasa jendela pembelajaran pertama, iaitu daripada bayi sehingga umur 12 tahun, seorang anak adalah umpama mesin belajar. Ibu bapa tidak perlu menggalakkan mereka belajar. Mereka belajar dengan aktif, berkembang daripada merangkak kepada berjalan, bercakap dan makan.

   Usia 12 tahun menjadi tanda usia yang penting kerana selepas 12 tahun otak  mula memadam, atau membuang bahagian-bahagian otak yang tidak membentuk laluan neural. Proses untuk belajar perkara baru selepas usia 12 tahun bukan mudah. Sebuah jambatan kini diperlukan bagi menyambung dua titik kerana tiada lagi laluan lurus akibat otak yang semakin berusia dan berubah.


Jendela pembelajaran #2

12 hingga 24 tahun adalah Pembelajaran Menerusi Pemberontakan.

Semasa kanak-kanak memasuki usia remaja, mereka belajar menerusi pemberontakan. Contohnya, sekiranya kita menghalang remaja lelaki daripada berlumba haram, biasanya itu yang akan mereka lakukan atau mahu cuba lakukan.

   Jendela pembelajaran kedua disebut jendela pembelajaran menerusi pemberontakan kerana beginilah cara anak-anak belajar semasa tempoh usia 12 hingga 24 tahun. Mereka mahu belajar apa yang mereka mahu lakukan atau mahu belajar.


Cabran jendela #2 

Cabaran sebenar pembelajaran diperingkat ini adalah anak-anak tidak tahu tentang ''akibat''. Contohnya apabila kita berkata, ''Jangan memandu terlalu laju''. Sebenarnya mereka tidak mengerti akibat daripada memandu boleh menyebabkan disaman, kemalangan dan lain-lain. Sebagai ibubapa kita sedar akan risiko dan akibatnya, namun berlainan dengan anak-anak kita.


Jendela pembelajaran #3

24 tahun hingga 36 tahun : Pembelajaran profesional

Jendela pembelajaran ini adalah jendela orang dewasa mencari arah hidupnya di dunia ini.

   Pada peringkat jendela pembelajaran ini secara tradisionalnya anak muda akan berkahwin, memulakan keluarga dan membeli rumah pertama mereka. Pada ketika inilah realiti kewangan dunia nyata mula mengambil tempatnya. Hidup semakin berkisar tentang wang dan selalunya tentang tidak cukup wang. Cara seorang anak muda mengendalikan tekanan kewangan yang bertambah ini bergantung kepada perkara-perkara yang telah mereka pelajari di peringkat jendela pembelajaran pertama dan kedua.

sambung di siri ke 10...






Comments