WHY 'A' STUDENTS WORK FOR 'C' STUDENTS (SIRI 8) : Menggunakan Kuadran Bagi Memberi Inspirasi










WHY 'A' STUDENTS WORK FOR 'C' STUDENTS (SIRI 8) : Menggunakan Kuadran Bagi Memberi Inspirasi


Pengajaran kepada ibu bapa adalah ''Kuadran lebih penting berbanding profesion''

   Kuadran E dan S tidak memberi inspirasi kepada Robert untuk belajar. Kuadran yang memberi inspirasi kepadanya untuk belajar adalah kuadran B dan I.





Persiapan Menghadapi Situasi Terburuk

Satu sebab mengapa orang menghadapi masalah menukar kuadran adalah kerana kebanyakan orang memilih kuadran atas rasa takut berbanding rasa terinspirasi.

Contohnya, ramai orang memilih kuadran E kerana mereka takut tidak ada wang, bimbang berkenaan urusan kewangan yang menyebabkan mereka mencari pekerjaan terjamin, faedah-faedah dan gaji tetap.

   Ramai orang cenderung ke arah kuadran S kerana berasa kurang percaya. Sebahagian besar golongan S tidak mempercayai ramai orang. Mereka mahu melakukan hal sendiri dan menjadi bos sendiri. Kerana itu mereka selalu berkata, ''Sekiranya kita mahu sesuatu perkara dilakukan dengan betul, lakukan sendiri.''

   Masalah kuadran S adalah kita tidak benar-benar memiliki sebuah perniagaan. Kita memiliki pekerjaan. Sekiranya kita berhenti bekerja, pendapatan kita selalunya turut terhenti. Maksudnya, kita memiliki kesibukan bukan perniagaan.

   Ramai orang mengalami masalah kewangan kerana emosi mengawal hidup mereka.  Mereka tidak mahu berhadapan dengan rasa takut yang berkaitan dengan urusan wang mereka sendiri, malah mereka bersembunyi daripada perasaan takut itu. Ramai pekerja di kuadran E bersembunyi di sebalik selimut gaji tetap dan jaminan pekerjaan. Mereka bekerja sendiri di kuadran S pula bersembunyi di sebalik individu lasak yang mahu di lihat lebih pintar dan terbaik.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selain melindungi anak-anak kita daripada dunia nyata dan menasihatkan mereka supaya lulus cemerlang di sekolah dan mencari pekerjaan yang bagus, ada tindakan yang lebih baik. Ceritakan kepada mereka cabaran yang mereka akan hadapi pada masa hadapan. Biarkan mereka bersiap sedia untuk masa hadapan mereka.

   Saya tahu ramai pakar mengatakan tidak bagus untuk kita menakutkan anak kita. Ini bukan mahu menakutkan mereka. Kita sedang mempersiapkan mereka untuk masa hadapan. Mereka berpeluang mendapat kehidupan yang lebih baik sekiranya mereka berhadapan dengan ketakutan dan bersedia menghadapi situasi yang terburuk.

   Kemudian, sekiranya anak-anak kita memutuskan mereka lebih rela mencari jaminan pekerjaan di kuadran E ataupun kebebasan di kuadran S, mereka akan sekurang-kurangnya membuat keputusan peribadi yang berasas.

   Sekiranaya mereka percaya peluang terbaik untuk berjaya adalah di kuadran B dan I, mereka mempunyai masa untuk bersedia. Steve Jobs  dan Bill Gates memulakan proses mereka semasa usia remaja, oleh itu tindakan terbaik untuk anak-anak kita adalah berbuat perkara yang sama, terutama sekiranya mereka mahu menjadi usahawan.

   Ringkasnya, usah hanya melindungi anak kita daripada masa hadapan. Sebaliknya, periapkan mereka bagi menghadapi masa hadapan.




Ok, cukup setakat ini dulu guys, insyaallah aku akan sambung pada siri ke 9 nanti ok..

Terima kasih kerana sudi membaca tulisan aku ni, tolong share kepada kawan-kawan lain untuk manfaat bersama..






Comments