EMPAT KUADRAN |
EMPAT KUADRAN
Huruf-huruf dalam empat kuadran diatas mewakili :
E : Employee (pekerja)
S : Small business @ self employed (perniagaan kecil atau bekerja sendiri)
B : Big business (perniagaan besar - 500 pekerja ataupun lebih)
I : Investor (pelabur)
Setiap orang daripada kita sekurang-kurangnya berada di salah satu empat seksyen atau kuadran CASHFLOW diatas.
Mari kita lihat golongan bagaimana yang mewakili setiap kuadran tersebut :
Kuadran E : Pekerja yang mempunyai pekerjaan tetap dan bergantung pada bayaran gaji.
Kuadran S : Mereka yang bekerja sendiri iaitu meraih pendapatan berdasarkan jumlah waktu kerja ataupun daripada komisen dan yuran. Ramai pekerja A seperti doktor dan peguam berada di kuadran S
Kuadran B : Usahawan yang memulakan perniagaan besar seperti Steve Jobs dan Bill Gates.
Kuadran I : Pelabur yang aktif dan profesional seperti Warren Buffet.
Sistem persekolahan kita menghasilkan golongan di sebelah kiri kuadran CASHFLOW iaitu kuadran E dan kuadran S. Kerana itu ramai ibu bapa menasihatkan anak-anak supaya, ''Masuk universiti supaya dapat kerja'' (kuadran E) ataupun ''jadi doktor ataupun peguam'' (kuadran S)
- Ibubapa Robert mahu dia membesar di kuadran E dan S
- Rich dad (bapa angkat) Robert mahu dia membesar di kuadran B dan I
Perbezaan kadar cukai antara setiap orang dan kuadran adalah sangat ekstrem.
Di bahagian mana seseorang berada di kuadran CASHFLOW menentukan bagaimana pendapatan itu dekenakan cukai.
Peratusan cukai dibayar per kuadran
Kadar cukai yang dikenakan mengikut kuadran |
Kita memerlukan masa bagi mepersiapkan anak-anak untuk berada di kuadran B dan I. Steve Jobs, Bill Gates dan Mark Zuckerberg memulakan perjalanan mereka menuju kuadran B dan I semasa usia remaja.
Jadi, megapa golongan kuadran B dan I membayar cukai lebih rendah berbanding golongan kuadran E dan S??
Jawapannya adalah kerana golonga kuadran B dan I ''tidak bekerja demi wang''. Selain itu, mereka juga melakukan apa yang kerajaan mahu wujudkan, contohnya mencipta pekerjaan dan menyediakan rumah mampu milik.
Adakah Sudah Terlambat Hendak Menukar Kuadran?
Soalan : Adakah hanya golongan muda yang hanya dapat beralih daripada kadran E dan S ke kuadran B dan I??
Jawapan : Tidak. Kolonel Harlan Sanders (pengasas KFC) tidak memulakan pengembaraannya ke kuadran B dan I kecuali selepas bersara iaitu ketika beliau berusia 65 tahun.
Berita baiknya adalah kita tidak perlu menjadi orang paling bijak untuk berjaya di kuadran B dan I. Kita tidak perlu menjadi pelajar A dan B yang lebih penting di kuadran E dan terutamanya di kuadran B. Kejayaan di kuadran B dan I paling tepat digambarkan sebuah team sukan. Apa yang perlu kita lakukan adalah berkumpul bersama orang yang bijak, dapat dipercayai dan rajin.
Insyaallah kita bersambung pulak pada siri ke 8..
Comments
Post a Comment