WHY 'A' STUDENTS WORK FOR 'C' STUDENTS (SIRI 6) : KISAH SAYA (ROBERT KIYOSAKI)
Bertemu kembali guys, sekian lama aku tak tulis ttg buku ni, aku terlupa bawak balik buku ni ke kampung..ehehe..ok..hri ni aku nk sambung lg satu pendidikan yg anak kita terlepas, seblum ni aku dh terangkan jenis-jenis pendidikan yg ada disekolah atau universiti di siri ke 4..
OK, pendidikan yg anak kita tidak pelajari di sekolah adalah PENDIDIKAN KEWANGAN..ini kerana sistem persekolahan kita langsung tdk atau kurang menekankan ttg pendidikan jenis ini..
KISAH SAYA
Robert menceritakan bagaimana pendidikankewangan dia bermula dimana ketika berusia sembilan tahun beliau telah mempelajarinya bersama Rich Dad. Rich Dad bukanlah ayah kandung Robert tetapi dia adalah ayah kandung sahabat karibnya.
Dia menceritakan kaedah yg digunakan oleh Rich Dad sewaktu mengajarnya ttg pendidikan kewangan adalah melalui permainan ''Monopoly''.
Ayah kandung Robert kerap kali bertanya kepadanya mengapa dia sentiasa pulang lewat ke rumah.
Dia memberitahu ayahnya yg beliau bermain Monopoly bersama Rich Dad.
Ayahnya memberitahunya, ''Berhenti buang masa dgn bermainan permainan tdk berfaedah. Kamu sepatutnya pulang kerumah, belajar dan siapkan kerja sekolah. Sekiranya kamu tdk menyiapakan kerja sekolah, kamu akan gagal dalam peperiksaan, tdk dpt masuk kolej dan tidak mendapat pekerjaan yg bagus''.
Ayah kandung Robert dan Rich Dad adalah 2 insan yg baik tetapi mereka tidak pernah mencapai kata sepakat.
Pernah sekali ibu bapa kandung Robert memarahinya kerana menemani Rich Dad pergi mengutip wang sewa drpd penyewa2 rumahnya (Rich Dad). Bagi ibubapa Robert, Rich Dad telah memberi contoh yg tdk baik kepada anaknya.
Selang berapa lama, Robert tahu mengapa ibubapnya memarahinya menemani Rich Dad mengutip sewa. Ini kerana mereka (ibubapa kadung) adalah penyewa dan mereka juga mempunyai pengalaman diketuk pintu oleh pemilik rumah sewa.
Soalan : Adakah ini bermakna membaca dan kuliah tidak penting?
Jawapan : Tidak, tetapi apa yg lebih penting adalah kita belajar dan mempraktikkan apa yg kita belajar. Bukan hanya teori semata-mata.
Ada pepatah mengatakan, ''Gunakan atau hilangkan''
''Saya mungkin memerlukan kalkulus sekiranya saya ingin menjadi saintis roket, tetapi saya tidak memerlukan kalkulus bagi menjadi kaya'' Robert T Kiyosaki.
Bersambung....
Comments
Post a Comment